Tuesday, 15 September 2015

Tuhan , aku tahu Engkau ada ..



Kakinya melangkah laju . Peluh mula kelihatan dari dahinya . Jam ditangan dijeling . ‘Lambat 10 minit ! Habislah aku kali ni .’

Pintu kelas diketuk sambil salam diberi .

“Kamu dari mana ? Masuk cepat !”

Mira segera mengambil tempatnya dan membuka buku latihan addmathnya .

Hari ini dia terlambat lagi kerana terpaksa menyiapkan hiasan untuk Majlis Persaraan Pengetua di sekolahnya sendirian .

‘Sampai hati diorang suruh aku buat sorang-sorang kerja ni ? Macam lah aku tak ada kelas juga .’ Getus hati Mira geram terhadap rakan-rakannya .

Bibirnya diketap kegeraman . Sudahlah perlu berhadapan musuh utamanya pula sekarang , subjek Addmath . Mira memang agak lemah dalam subjek tersebut dan sering mendapat gred D sejak di tingkatan 4 lagi ditambah lagi dia kurang menyenangi guru matapelajarannya itu , Cikgu Anuar yang sering mengajar gaya ‘expert’ memandangkan Mira di kelas yang pertama . Kali ini pun dia hanya merenung soalan addmath tersebut kerana tidak tahu menjawabnya . ‘Huh…’ Keluh hatinya .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu tepukan hinggap dibahu .

“Eh , dah siap belum hiasan tu ? Esok pagi tau majlisnya . Kau jangan buat-buat lupa pula . Kalau tak , kena ‘settle’kan malam ni juga .” Ina menyapa ditelinga Mira .

“Uhuk !” Mira yang sedang makan tersedak daging masak kari kegemarannya .

“Ohoi . Terkejut aku ! Lain kali bagilah salam . Eh tayah-tayah . Tak baik bagi salam orang tengah makan . Aaa ok2 . Aku dah siapkan separuh tadi . Malam ni lepas prep kita sambung dekat ‘library’ asrama boleh ? Make sure Farra , Ekin dengan Dayah ada sekali . Diorang ‘in charge’ juga kan bahagian ni ? Jenuh lah asyik kita je yang kena buat .” Mira mencemikkan mukanya tidak puas hati .

“Hehe . Ok . Baiklah in shaa Allah .”Jawab Ina mengenyitkan matanya sambil kakinya melangkah ke sinki untuk mencuci tangan .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pintu ‘library’ asrama dikuak . Terjengul beberapa orang sambil tersengih-sengih .

“Sorry kitorang lambat . Ada kelas tambahan tadi .” Ekin menyapa sambil memeluk leher Mira dari belakang .

“Takpe . Kita pun baru je ‘start’ ni . Amboi , macam nak berkampung je korang ni kat sini !” Matanya memerhati bantal-bantal dan selimut yang dibawa mereka berempat .

“Kitorang malas nak naik dorm lepas siapkan kerja ni . hehe .”

Mira senyum sambil menggelengkan kepalanya melihatkan gelagat sahabat-sahabatnya itu . Sebenarnya dia hanyalah bidan terjun sahaja untuk majlis ini menggantikan Safira yang terpaksa ke musabaqah peringkat negeri di Perak . Ina , Ekin , Dayah dan Safira merupakan pengawas sekolah yang ditugaskan bahagian hiasan majlis . Farra dan dirinya pula hanya membantu meringankan beban rakan-rakannya kerana memahami masing-masing sibuk dengan kelas tambahan . Mereka akan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia pada bulan 10 nanti .

“Eh , aku dengar Cikgu Mona kata Pengetua kita yang baru nanti tu lelaki . Dia kata Pengetua tu garang . Kenapalah masa kita form 5 baru nak tukar Pengetua dah lah garang pulak tu . hmm .” Farra merungut sambil tangannya menampal hiasan huruf di atas kertas warna .

“Ep , tak elok kata macam tu Farra . Dia kan cikgu kita juga . Lagipun kita tak pernah pun kenal dia lagi , tak elok kita buat ‘early assumption’ . Risau kita fitnah dia pula .” Ina yang sememangnya tegas menegur Farra yang berada di hadapannya itu .

Farra serba salah dengan ucapannya tadi . Mungkin sedar terlepas cakap . Hatinya segera beristighfar .

“Sekiranya seorang Pengetua itu garang , sekurang-kurangnya pelajar tidak akan memijak kepala orang atasan dan in shaa Allah disiplin lebih terjamin serta pencapaian akademik sekolah akan meningkat .” Ekin berkata dengan gaya bangga .

“Tudiaaa , karangan bm dia dah keluar dah tu . Boleh ganti A. Samad Said ni . haha “ Celah Dayah sambil diiringi tawa rakan-rakannya yang lain .

‘Erm in shaa Allah harap-harapnya macam tu lah .’ Getus hati Mira . Ada rasa yang pelik dibenak hatinya . Suatu rasa yang tidak disenanginya .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Alhamdulillah .. Akhirnya majlis dapat berjalan dengan lancar . Terima kasih atas bantuan dan keringat kalian menjayakan majlis ini .” Ucap Cikgu Mona selaku Guru Kanan Hem kepada ajk-ajk yang terlibat sambil tersenyum bangga kepada pelajar-pelajarnya itu .

Nafasnya ditarik lega . Tangannya laju mengemas kerusi-kerusi di atas pentas . Benarlah apa yang diberitahu oleh Farra bahawa Pengetua baru mereka lelaki . Gaya pun ada garang jugak . Mira terbayang Pengetuanya memegang rotan panjang menjerit dari hadapan blok pejabat dan sesekali berlari turun naik tangga sambil memarahi pelajar-pelajar yang bising di dalam kelas .

‘Merepek lah kau ni ,Mira !’ Mira menggelengkan kepalanya sambil tergelak kecil dengan fantasi keanak-anakkannya itu .

Bulan seterusnya pelajar-pelajar tingkatan 5 sibuk dengan kelas-kelas tambahan yang telah semakin giat dijalankan . Percubaan SPM semakin hampir . Ujian Penilaian baru sahaja berlalu .

*krrriiiiiinnnnggg*

Waktu rehat bermula . Mira berjalan longlai keluar dari kelasnya . Dia tidak terasa ingin makan . Badannya dibawa mengikut langkahan kakinya sahaja . Fikirannya menerawang .
Bercelaru .

“Nak pergi mana tu , Mira ?” Sapa Zura sayup-sayup .

Dia mendongak mencari-cari suara Zura . ‘Eh , surau ..’ . Mira terdiam , rupa-rupanya dia sudah berada di laluan menuju ke surau sekolahnya .

“Mira , awak nak ke mana ? Balik asrama ke ? Tak makan ke ?” Tanya Zura lagi setelah melihat Mira masih diam .

“Err , tak lah . Saya nak ke surau . Nak rehat sekejap .” Senyum Mira sambil mendekati Zura yang juga ingin memasuki surau .

Terdetik dihatinya , ‘Ya , kerehatan itu berada di sini .’ Mira tersenyum tenang .

“Solat adalah kerehatan sebenar bagi seorang mukmin . Kalau rasa penat dengan dunia , sujudlah , mengadulah kepada Allah . Dia kan ada untuk mendengar ? Ujian yang Allah bagi bukanlah sia-sia . Pasti ada hikmah .” Terngiang-ngiang pesanan Murabbinya beberapa minggu lepas .

Kepala mencecah karpet merah surau . Air mata mula jatuh diiringi doa dibibirnya . Sujud terakhirnya dilamakan . Gambaran ‘result’ ujian yang diterima sebelum rehat tadi jelas tergambar dalam ingatannya . Matanya terkatup rapat .

‘Rabbi , aku gagal ! Aku kurang usaha , ya Allah . Aku takkan salahkan Engkau di atas kesalahanku . Tapi ya Allah , kuatkanlah aku untuk menahan kemalasan diriku . Aku tahu , perasaan malas ini Engkau yang ciptakan , tapi aku punya pilihan . Rabb , permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat .’ Doanya di dalam hati .

Ketenangan dirasai di segenap hatinya . Usai salam dan doa selepas solat , Mira bergegas memakai kasutnya . Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu .

“Buku karangan !” Ujar Mira sambil mendecit sendiri .

Mira melajukan langkahannya . Dia tertinggal buku karangannya di tingkat atas surau dan dia perlu segera kerana selepas rehat adalah kelas addmath ! ‘Kenapa ?Kenapa ?Kenapa mesti addmath ???’ Rungut hati Mira .

Bukunya dicapai secepat mungkin . Kakinya laju melangkah anak-anak tangga yang agak licin dan cerun . Di fikirannya hanya terbayang wajah Cikgu Anuar ! Dikerling jam di tangan . ‘Sempat lagi ! Cepat Mira !’ Gesa hatinya .

Tiba-tiba …

“Aduhhh , sakitnyaaa !” Mira tersilap langkah . Dia jatuh dari tangga atas sehingga ke bawah . Pinggangnya sakit yang amat . Dia cuba bangun kerana dia perlu segera ke kelas .

“Aahhhh .” Mira mengaduh perlahan .

Buku lalinya terasa sakit . Mira malas memikirkan kesakitan itu lantas bingkas bangun sambil terjengket-jengket ke kelas . Dahinya berkerut .

“Mira , kau ok ?” Tanya Farra yang merupakan rakan sekelasnya . Risau melihatkan Mira yang berkerut-kerut sahaja dahinya sejak masuk ke kelas .

“Aku jatuh tangga kat surau tadi . Dari atas jatuh . duk duk duk sampai ke bawah . Peh , memang seronok sangat lah aku menggelongsor tadi .” Sengih Mira .

*bukk*

Farra menampar pinggang Mira kuat .

“Woi , sakitlah !”

“Sedap gelongsor ye ?” Farra buat muka devil nya .

“Kau ni kan …” Mira menembak jelingan mautnya kepada sahabatnya itu .

“Haa tahu pun . Dah , malam ni aku bagitahu warden minta hantar pergi klinik . Patah apa-apa kau mana tahu .” Pujuk Farra .

“Takpelah . Aku ok je . Aku kan hakak sado .” Mira senyum kambing menahan sakit .

“Hmm . Kau ni memang kan . Nanti ada apa-apa inform aku tau .” Faham benar Farra dengan sikap Mira yang tidak suka menyusahkan orang lain itu .

“Ok Mak Cik Farra .. haha”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azan subuh kedengaran . Badannya terasa sengal2 . Dia cuba bangun dari katilnya .

‘Aduhhh..’

Sakit di pinggangnya kian terasa . Apabila kakinya menjejak simen bilik dia hampir jatuh . Cepat2 tangannya berpaut pada katil double deckernya . Dia duduk kembali .

‘Ya Allah !’

Matanya yang sedia bulat , dibulatkan lagi . Terkejut . Kakinya jelas tampak kebiruan . Bengkak . Terseliuh mungkin .

“Mira , kau kenapa ? Kenapa tak turun ? Aku tunggu kau dari tadi kat bawah nak ajak sarapan .”

“Lah , yang kau tak pergi dengan orang lain kenapa ?”

“Aku setia dengan kau sorang je .” Jawab Farra sambil mengenyitkan matanya .
“Kau niii , sempat lagi . haha .” Kata Mira sambil cuba untuk berdiri . Dia perlu bersedia untuk ke kelas .

Sekali lagi .

Mira hampir jatuh . Sakit dipinggangnya semakin terasa .

“Weh weh , kau ok tak ? Ni mesti sebab semalam ni kan ? Dah2 , jom aku bawa kau pergi pejabat minta izin pergi klinik .” Bebel Farra risau akan sahabatnya yang seorang itu .

“Emm”

Mira hanya mengangguk . Dia sendiri tidak dapat menahan kesakitan itu .

“Assalamu’alaikum kak . Guru bertugas minggu ni dah datang ke ? Kawan saya perlu ke klinik .”

Farra menegur kerani di pejabat . Mira malas ambil pusing tentang apa yang dibincangkan mereka .

“Ini kenapa ni ?”

Satu suara singgah ditelinga Mira . Macam aku kenal suara ni …

“Tuan , pelajar ni nak minta izin ke klinik .” Ujar kerani yang ditegur Farra sebentar tadi .
Mira menoleh . Tepat tekaannya .

‘Pengetua !’

Mira tak senang duduk apabila dirasakan dirinya diperhatikan .

“Mari masuk ke bilik saya .” Arah pengetua .

Farra membuat muka peliknya sambil memandang Mira . Mira sekadar mengangkat bahu . Dia dipapah bangun oleh Farra sehingga ke bilik pengetua .

“Awak nak ke klinik kenapa ?”

“Err , saya jatuh tangga surau semalam , Tuan .”

“Semalam ?! Baru nak pergi klinik hari ni ?”

“Saya dah ajak dia pergi klinik semalam tapi tu lah dia ni degil Tuan .” Sampuk Farra dikerusi sebelah Mira .

Mira menjeling tajam ke arah Farra . Hampir terjatuh Farra ditembak jelingan Mira itu . Farra tunduk , tahu dia perlu diam .

Dua pasang mata di hadapan mereka hanya memerhati gelagat mereka berdua . Ada sesuatu yang diperhatikan pada salah seorang murid di hadapannya itu ...

To be continued ....

4 comments: