Pintu kelas diketuk sambil salam diberi .
“Kamu dari mana ? Masuk cepat !”
Mira segera mengambil tempatnya dan membuka buku latihan addmathnya .
Hari ini dia terlambat lagi kerana terpaksa menyiapkan hiasan untuk Majlis Persaraan Pengetua di sekolahnya sendirian .
‘Sampai hati diorang suruh aku buat sorang-sorang kerja ni ? Macam lah aku tak ada kelas juga .’ Getus hati Mira geram terhadap rakan-rakannya .
Bibirnya diketap kegeraman . Sudahlah perlu berhadapan musuh utamanya pula sekarang , subjek Addmath . Mira memang agak lemah dalam subjek tersebut dan sering mendapat gred D sejak di tingkatan 4 lagi ditambah lagi dia kurang menyenangi guru matapelajarannya itu , Cikgu Anuar yang sering mengajar gaya ‘expert’ memandangkan Mira di kelas yang pertama . Kali ini pun dia hanya merenung soalan addmath tersebut kerana tidak tahu menjawabnya . ‘Huh…’ Keluh hatinya .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu tepukan
hinggap dibahu .
“Eh , dah
siap belum hiasan tu ? Esok pagi tau majlisnya . Kau jangan buat-buat lupa pula
. Kalau tak , kena ‘settle’kan malam ni juga .” Ina menyapa ditelinga Mira .
“Uhuk !”
Mira yang sedang makan tersedak daging masak kari kegemarannya .
“Ohoi .
Terkejut aku ! Lain kali bagilah salam . Eh tayah-tayah . Tak baik bagi salam
orang tengah makan . Aaa ok2 . Aku dah siapkan
separuh tadi . Malam ni lepas prep kita sambung dekat ‘library’ asrama boleh ?
Make sure Farra , Ekin dengan Dayah ada sekali . Diorang ‘in charge’ juga kan
bahagian ni ? Jenuh lah asyik kita je yang kena buat .” Mira mencemikkan
mukanya tidak puas hati .
“Hehe . Ok .
Baiklah in shaa Allah .”Jawab Ina mengenyitkan matanya sambil kakinya melangkah
ke sinki untuk mencuci tangan .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pintu
‘library’ asrama dikuak . Terjengul beberapa orang sambil tersengih-sengih .
“Sorry
kitorang lambat . Ada kelas tambahan tadi .” Ekin
menyapa sambil memeluk leher Mira dari belakang .
“Takpe .
Kita pun baru je ‘start’ ni . Amboi , macam nak berkampung je korang ni kat
sini !” Matanya memerhati bantal-bantal dan selimut yang dibawa mereka berempat
.
“Kitorang
malas nak naik dorm lepas siapkan kerja ni . hehe .”
Mira senyum
sambil menggelengkan kepalanya melihatkan gelagat sahabat-sahabatnya itu . Sebenarnya
dia hanyalah bidan terjun sahaja untuk majlis ini menggantikan Safira yang
terpaksa ke musabaqah peringkat negeri di Perak . Ina , Ekin , Dayah dan Safira
merupakan pengawas sekolah yang ditugaskan bahagian hiasan majlis . Farra dan
dirinya pula hanya membantu meringankan beban rakan-rakannya kerana memahami
masing-masing sibuk dengan kelas tambahan . Mereka akan menghadapi Sijil
Peperiksaan Malaysia pada bulan 10 nanti .
“Eh , aku
dengar Cikgu Mona kata Pengetua kita yang baru nanti tu lelaki . Dia kata
Pengetua tu garang . Kenapalah masa kita form 5 baru nak tukar Pengetua dah lah
garang pulak tu . hmm .” Farra merungut sambil tangannya menampal hiasan huruf
di atas kertas warna .
“Ep , tak elok
kata macam tu Farra . Dia kan cikgu kita juga . Lagipun kita tak pernah pun
kenal dia lagi , tak elok kita buat ‘early assumption’ . Risau kita fitnah dia
pula .” Ina yang sememangnya tegas menegur Farra yang berada di hadapannya itu .
Farra serba
salah dengan ucapannya tadi . Mungkin sedar terlepas cakap . Hatinya segera
beristighfar .
“Sekiranya seorang Pengetua itu garang , sekurang-kurangnya pelajar tidak akan memijak kepala orang
atasan dan in shaa Allah disiplin lebih terjamin serta pencapaian akademik
sekolah akan meningkat .” Ekin berkata dengan gaya bangga .
“Tudiaaa ,
karangan bm dia dah keluar dah tu . Boleh ganti A. Samad Said ni . haha “ Celah
Dayah sambil diiringi tawa rakan-rakannya yang lain .
‘Erm in shaa
Allah harap-harapnya macam tu lah .’ Getus hati Mira . Ada rasa yang pelik
dibenak hatinya . Suatu rasa yang tidak disenanginya .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Alhamdulillah
.. Akhirnya majlis dapat berjalan dengan lancar . Terima kasih atas bantuan dan
keringat kalian menjayakan majlis ini .” Ucap Cikgu Mona selaku Guru Kanan Hem
kepada ajk-ajk yang terlibat sambil tersenyum bangga kepada pelajar-pelajarnya
itu .
Nafasnya
ditarik lega . Tangannya laju mengemas kerusi-kerusi di atas pentas . Benarlah
apa yang diberitahu oleh Farra bahawa Pengetua baru mereka lelaki . Gaya pun
ada garang jugak . Mira terbayang Pengetuanya memegang rotan panjang menjerit
dari hadapan blok pejabat dan sesekali berlari turun naik tangga sambil
memarahi pelajar-pelajar yang bising di dalam kelas .
‘Merepek lah
kau ni ,Mira !’ Mira menggelengkan kepalanya sambil tergelak kecil dengan
fantasi keanak-anakkannya itu .
Bulan
seterusnya pelajar-pelajar tingkatan 5 sibuk dengan kelas-kelas tambahan yang
telah semakin giat dijalankan . Percubaan SPM semakin hampir . Ujian Penilaian
baru sahaja berlalu .
*krrriiiiiinnnnggg*
Waktu rehat
bermula . Mira berjalan longlai keluar dari kelasnya . Dia tidak terasa ingin
makan . Badannya dibawa mengikut langkahan kakinya sahaja . Fikirannya
menerawang .
Bercelaru .
“Nak pergi
mana tu , Mira ?” Sapa Zura sayup-sayup .
Dia
mendongak mencari-cari suara Zura . ‘Eh , surau ..’ . Mira terdiam ,
rupa-rupanya dia sudah berada di laluan menuju ke surau sekolahnya .
“Mira , awak
nak ke mana ? Balik asrama ke ? Tak makan ke ?” Tanya Zura lagi setelah melihat
Mira masih diam .
“Err , tak
lah . Saya nak ke surau . Nak rehat sekejap .” Senyum Mira sambil mendekati
Zura yang juga ingin memasuki surau .
Terdetik
dihatinya , ‘Ya , kerehatan itu berada di sini .’ Mira tersenyum tenang .
“Solat
adalah kerehatan sebenar bagi seorang mukmin . Kalau rasa penat dengan dunia ,
sujudlah , mengadulah kepada Allah . Dia kan ada untuk mendengar ? Ujian yang
Allah bagi bukanlah sia-sia . Pasti ada hikmah .” Terngiang-ngiang pesanan
Murabbinya beberapa minggu lepas .
Kepala
mencecah karpet merah surau . Air mata mula jatuh diiringi doa dibibirnya . Sujud
terakhirnya dilamakan . Gambaran ‘result’ ujian yang diterima sebelum rehat
tadi jelas tergambar dalam ingatannya . Matanya terkatup rapat .
‘Rabbi , aku
gagal ! Aku kurang usaha , ya Allah . Aku takkan salahkan Engkau di atas
kesalahanku . Tapi ya Allah , kuatkanlah aku untuk menahan kemalasan diriku .
Aku tahu , perasaan malas ini Engkau yang ciptakan , tapi aku punya pilihan .
Rabb , permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat .’ Doanya di dalam hati .
Ketenangan
dirasai di segenap hatinya . Usai salam dan doa selepas solat , Mira bergegas
memakai kasutnya . Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu .
“Buku
karangan !” Ujar Mira sambil mendecit sendiri .
Mira
melajukan langkahannya . Dia tertinggal buku karangannya di tingkat atas surau
dan dia perlu segera kerana selepas rehat adalah kelas addmath ! ‘Kenapa
?Kenapa ?Kenapa mesti addmath ???’ Rungut hati Mira .
Bukunya
dicapai secepat mungkin . Kakinya laju melangkah anak-anak tangga yang agak
licin dan cerun . Di fikirannya hanya terbayang wajah Cikgu Anuar ! Dikerling
jam di tangan . ‘Sempat lagi ! Cepat Mira !’ Gesa hatinya .
Tiba-tiba …
“Aduhhh ,
sakitnyaaa !” Mira tersilap langkah . Dia jatuh dari tangga atas sehingga ke
bawah . Pinggangnya sakit yang amat . Dia cuba bangun kerana dia perlu segera
ke kelas .
“Aahhhh .”
Mira mengaduh perlahan .
Buku lalinya terasa sakit . Mira
malas memikirkan kesakitan itu lantas bingkas bangun sambil terjengket-jengket
ke kelas . Dahinya
berkerut .
“Mira , kau
ok ?” Tanya Farra yang merupakan rakan sekelasnya . Risau melihatkan Mira yang
berkerut-kerut sahaja dahinya sejak masuk ke kelas .
“Aku jatuh
tangga kat surau tadi . Dari atas jatuh . duk duk duk sampai ke bawah . Peh ,
memang seronok sangat lah aku menggelongsor tadi .” Sengih Mira .
*bukk*
Farra
menampar pinggang Mira kuat .
“Woi ,
sakitlah !”
“Sedap
gelongsor ye ?” Farra buat muka devil nya .
“Kau ni kan
…” Mira menembak jelingan mautnya kepada sahabatnya itu .
“Haa tahu pun . Dah , malam ni aku bagitahu warden minta hantar pergi klinik . Patah apa-apa
kau mana tahu .” Pujuk Farra .
“Takpelah .
Aku ok je . Aku kan hakak sado .” Mira senyum kambing menahan sakit .
“Hmm . Kau
ni memang kan . Nanti ada apa-apa inform aku tau .” Faham benar Farra dengan
sikap Mira yang tidak suka menyusahkan orang lain itu .
“Ok Mak Cik
Farra .. haha”
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Azan subuh
kedengaran . Badannya terasa sengal2 . Dia cuba bangun dari katilnya .
‘Aduhhh..’
Sakit di
pinggangnya kian terasa . Apabila kakinya menjejak simen bilik dia hampir jatuh
. Cepat2 tangannya berpaut pada katil double deckernya . Dia duduk kembali .
‘Ya Allah !’
Matanya yang
sedia bulat , dibulatkan lagi . Terkejut . Kakinya jelas tampak kebiruan .
Bengkak . Terseliuh mungkin .
“Mira , kau
kenapa ? Kenapa tak turun ? Aku tunggu kau dari tadi kat bawah nak ajak sarapan
.”
“Lah , yang
kau tak pergi dengan orang lain kenapa ?”
“Aku setia
dengan kau sorang je .” Jawab Farra sambil mengenyitkan matanya .
“Kau niii ,
sempat lagi . haha .” Kata Mira sambil cuba untuk berdiri . Dia perlu bersedia
untuk ke kelas .
Sekali lagi
.
Mira hampir
jatuh . Sakit dipinggangnya semakin terasa .
“Weh weh ,
kau ok tak ? Ni mesti sebab semalam ni kan ? Dah2 , jom aku bawa kau pergi
pejabat minta izin pergi klinik .” Bebel Farra risau akan sahabatnya yang
seorang itu .
“Emm”
Mira hanya
mengangguk . Dia sendiri tidak dapat menahan kesakitan itu .
“Assalamu’alaikum
kak . Guru bertugas minggu ni dah datang ke ? Kawan saya perlu ke klinik .”
Farra
menegur kerani di pejabat . Mira malas ambil pusing tentang apa yang
dibincangkan mereka .
“Ini kenapa
ni ?”
Satu suara
singgah ditelinga Mira . Macam aku kenal suara ni …
“Tuan ,
pelajar ni nak minta izin ke klinik .” Ujar kerani yang ditegur Farra sebentar
tadi .
Mira menoleh
. Tepat tekaannya .
‘Pengetua !’
Mira tak
senang duduk apabila dirasakan dirinya diperhatikan .
“Mari masuk
ke bilik saya .” Arah pengetua .
Farra
membuat muka peliknya sambil memandang Mira . Mira sekadar mengangkat bahu . Dia
dipapah bangun oleh Farra sehingga ke bilik pengetua .
“Awak nak ke
klinik kenapa ?”
“Err , saya
jatuh tangga surau semalam , Tuan .”
“Semalam ?!
Baru nak pergi klinik hari ni ?”
“Saya dah
ajak dia pergi klinik semalam tapi tu lah dia ni degil Tuan .” Sampuk Farra
dikerusi sebelah Mira .
Mira
menjeling tajam ke arah Farra . Hampir terjatuh Farra ditembak jelingan Mira
itu . Farra tunduk , tahu dia perlu diam .
Dua pasang
mata di hadapan mereka hanya memerhati gelagat mereka berdua . Ada sesuatu yang diperhatikan pada salah seorang murid di hadapannya itu ...
To be continued ....
I can relate that. I think.
ReplyDeleteU know ? Hha . Just wait and see ;)
DeleteCepat sambung! Hehehe 😘
ReplyDeleteIn shaa Allah nanti kita update ok ;)
Delete