Sunday, 20 September 2015

Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 3)

“Arina Amira binti Ahmad Adha , Timbalan Badan Dakwah dan Kerohanian .”

Langkahnya diatur berhati-hati ke atas pentas . Watikah diserahkan . Senyuman diberikan kepada jurugambar .

“Ouh panjangnya nama . Manis .” Bisik pengetua di sebelahnya .

Cepat-cepat Mira mengatur langkahnya turun dari pentas . ‘Buang tebiat ke apa .’ Getus hatinya . Entah kenapa dia kurang senang dengan gurunya seorang ini . Langkahnya dilajukan malas hendak ambil pusing .

Selesai sahaja majlis , Aliah mendekati Mira .

“Selamat bekerjasama , Mira . Moga jawatan ini mampu jadi saham kita di akhirat nanti .” Senyum Aliah .

“In shaa Allah . Betulkan lah apa yang saya silap .” Senyuman balas dilemparkan .

Aliah bukanlah asing baginya . Cuma kurang berbual , mungkin kerana mereka berbeza kelas . Mira cuba menyesuaikan dirinya bekerja dengan gadis manis anak kelahiran Selangor itu . Watak mereka jauh berbeza . Aliah lebih bersopan-santun , Mira pula lebih agresif .

“Mira !”

Ina menyergah .

“ya Allah kau ni . Cubalah bagi salam . Kalau aku mati terkejut kau nak tanggung ke kos pengurusan jenazah aku ?” Kata Mira sambil mengurut dadanya .

“Haha . Sorry2 . Kau buat apa kat sini ?”

“Aku tengah memasak .” Perli Mira sambil terus menyelak helaian buku ditangannya .

“Err . ouh haah . Masak sedap2 ok .”

“Kau dari mana ?”

“Ouh haah aku baru teringat nak tanya , kau dah siapkan ke tugasan Ustazah Faizah bagi minggu lepas ? Malam ni ada kelas dengan dia tau . Kena submit malam ni jugak .” Ina bersuara cemas .

“Kau dah siap ke ?” Mira menoleh memandang Ina di sebelahnya .

Ina menggeleng perlahan sambil tersengih .

“Haha . Kalau kau tak siap , aku lagi lah tak siap .” Mira gelak .

“Aku rasa mood Ustazah baik malam ni .” Kata Ina sambil melepaskan pandangan ke arah sekumpulan pelajar .

“Aku rasa budak kelas kita semua tak siap lagi . Seronok jugak kena denda ramai2 .” Mira juga melepaskan pandangannya ke arah yang sama sambil tersengih-sengih penuh harapan .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*duk*

Beg dibaling ke dalam pagar . Ekin orang pertama melepasi pagar jeriji itu . Seorang demi seorang dapat melepasi dengan jayanya . Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi .

“Mira , cepatlah ! Nanti warden keluar habis kita .”

Ina semakin gelabah . Dia tidak mahu mereka ditangkap memanjat pagar dan balik asrama lewat malam . Kalau tidak habislah kredibilitinya sebagai Head Girl sekolah itu . Mereka terpaksa . ‘Ya , kami terpaksa !’ Jerit hatinya .

“Relaxlah Ina , warden mesti dah tidur waktu ni .” Farra cuba menenangkan . Dia kelihatan tenang kerana sudah biasa buat kerja-kerja sebegitu .

“Jap2 , aku nak panjat lah ni .” Ujar Mira sambil kakinya memijak celah jeriji itu . Mira bersedia untuk melangkah .

Tiba-tiba sejenis makhluk lalu di bawah pagar tersebut .

“Weyh lipas ! Lipas ! Lipas ! ya Allah ! Mak tolong !” Jerit Mira di atas pagar .

Farra , Ekin dan Ina gelabah melihat Mira yang menjerit-jerit macam orang gila . Mereka tahu benar Mira sangat geli dengan makhluk itu . Farra cepat-cepat mengambil batu lalu menghempap lipas itu .

“Innalillahi wainnailaihirajiun ..” Ucap Farra sambil menggelengkan kepalanya .

“Ish kau ni Mira , lipas je kot . Dah , cepat lompat .”

*krekk*

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi pintu dibuka perlahan .

“Mira , cepat , warden !” Ina separuh menjerit .

*sreeet*

Jubah Mira tersangkut pada jeriji besi itu . Mira terlopong memandang jubahnya yang tersangkut .

“Woi ! Siapa tu ?!”

Lampu disuluh dari jauh . Ya , dari pintu bilik warden ! Mujur sahaja bilik warden jauh dari pagar tersebut . Susuk tubuh itu menghampiri mereka dengan laju .

Ina segera menarik jubah Mira sehingga koyak . Dia sudah tidak kisah asalkan mereka berempat selamat . Beg diambil dan mereka lari secepatnya ke belakang bangunan asrama . 

“Fuhh , aku harap warden tu tak dapat cari kita .” Termengah-mengah Mira .

“Ameeeennn .” Ucap yang lain serentak .

“Farra , kunci pintu asrama ada dengan kau tak ?” Tanya Ina .

“Ouh ada-ada .” Selain Presiden asrama dan warden , Farra juga bertanggungjawab memegang kunci pendua asrama .

Masing-masing cuba mencari kembali nafas mereka sambil menunggu Farra mencari kunci di dalam begnya . Peluh merecik di bawah tudung labuh itu .

“Err , girls , aku nak minta maaf ..” Tiba-tiba Farra bersuara .

“Ni bukan hari raya lah . Kenapa ?”


“Erm , aku tertinggal kunci kat bawah meja dalam kelas . Ehee .” Farra tersengih menunjukkan sebaris gigi putihnya .

“Ya Allah , Farra !” Serentak Mira , Ina dan Ekin menjerit .

8 comments:

  1. Plisss sambung cepat . Tak sabar nk baca .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sbb kinda sibuk study and yada yada. In shaa Allah akan update this story soon. Doakan :)

      Delete
    2. Maaf sbb kinda sibuk study and yada yada. In shaa Allah akan update this story soon. Doakan :)

      Delete
  2. Plisss sambung cepat . Tak sabar nk baca .

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Sorry for being late. Too busy with my semester. In shaa Allah will update soon. Doakan :)

      Delete
    2. Sorry for being late. Too busy with my semester. In shaa Allah will update soon. Doakan :)

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete