Seminggu
berlalu .
“Dah sihat
?”
Kepalanya
berpaling sebentar dari buku ditangannya . Farra dan Ina baru turun dari asrama
untuk ke dewan makan .
“Dah ,
Alhamdulillah . Thanks babe . Dr kata nasib aku datang awal . Ayat klise kan ?
haha .”
Buku
ditangan ditinggalkan sebentar di atas meja berdekatan kaki lima . Perutnya
sudah meminta di isi dengan segera .
Tiba-tiba
bahunya disinggul .
“Eh Mira ,
kau perasan tak semalam ?” Tanya Farra .
“Perasan aku
cantik ? Aku dah lama perasan . haha .”
“Ish kau ni
. Bukan , erm , aku perasan pengetua asyik pandang kau sejak first dia masuk
pejabat . Aku menyampuk tu pun sebab nak alihkan pandangan dia yang asyik
pandang kau je .”
“Entah-entah
dia berminat nak pasangkan kau dengan anak sedara dia si Luqman tu tak ?” Ina
yang mendengar sahaja dari tadi , mengusik .
“Kau bab
mengusik memang nombor satu kan ? Dah cepat lah jalan . Pagi
ni aku dengar makan nasi lemak tau !” Ujar Mira dengan matanya yang
bersinar-sinar .
Nasi lemak
merupakan makanan yang agak mewah bagi pelajar asrama seperti mereka . Yelah , bukan
selalu pun dapat merasa nasi lemak Mak Cik Dewan Makan yang pedas lagi berlemak
untuk sarapan .
Bahunya
ditepuk perlahan .
“Rehat nanti
jumpa saya kat surau boleh ?”
Mira menoleh melihat siapa yang menegurnya .
“Eh Busyra .
Oh boleh2 in shaa Allah .”
Farra dan
Ina memandang Mira . Ina mengangkat kening 'double jerk' sambil mulutnya masih penuh dengan
nasi lemak power mak cik dewan makan .
“Entah . Dia
nak jumpa aku kat surau . Nak ajak iktikaf lah tu kott . hee .” Ujar Mira
sambil tangannya laju menyuapkan nasi ke dalam mulut mugilnya itu . Selepas ini
ada perhimpunan pula .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Usai
menunaikan solat sunat dhuha , Mira mendekati Busyra yang sedang membaca bahan
bacaan di sudut surau .
“Assalamu’alaikum
. Ada apa ye Busyra ?” sapa Mira .
“Wa’alaikumussalam
. Oh Mira . Saya baru perasan awak kat sini . Saya dengar awak jatuh tangga
hari tu , dah ok ke ?”
“Alhamdulilah
semakin baik . Dr kata nasib baik tak ada apa yang patah . Kaki saya pula cuma
terseliuh .”
“Oh baguslah
macam tu . Hmm tujuan saya nak jumpa ni sebenarnya nak tanya sesuatu pada awak
. Dengar tak pengetua ada bagitahu dua minggu depan akan diadakan majlis
watikah perlantikan Exco-exco ?”
“Ada dengar
. Kenapa dengan majlis tu ?” Tanya Mira sambil mengerutkan dahinya .
“Saya nak
awak jadi Timbalan Exco Badan Dakwah dan Kerohanian . Awak akan bekerjasama
dengan Aliah sebagai Ketua Exco Muslimat . Boleh ?”
Matanya
dibulatkan memandang wajah manis kacukan arab di hadapanya . Tidak percaya .
“Saya ?!
Badar ?!” Tanya Mira separuh menjerit inginkan kepastian .
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Farra
terkejut memandang satu susuk tubuh di hadapan pintu ‘dorm’nya . Selimut dan
bantal dipeluk erat susuk itu sambil tersengih-sengih melihat Farra .
“Haha .
Rindu aku ke apa ni hah ?” Tanya Farra sambil mengibas-ngibas cadar berwarna
merahnya itu .
“Erm hehe .
Mestilah aku rindu kau .” Peluk Mira dari belakang Farra .
“Ish kau ni
jangan buat aksi terlarang pulak kat tempat awam macam ni . Tak pasal-pasal
nanti aku dicop ‘lesbian’ .” Tolak Farra .
“Yelah . Aku
je lah yang sayang kau kannn .” Mira memuncungkan mulutnya mengajuk .
“Ye ye . Aku
sayang kau jugak . haaa . Aku peluk balik . Puas ?”
Farra tahu
akan sikap sahabatnya yang seorang ini . Dari luar tampak garang dan tegas
tetapi sebenarnya sangatlah manja dan kedatangan Mira untuk tidur bersamanya
malam itu pasti ada tujuan .
“Mind to
share with me hmm ?” Farra mengiring memandang Mira yang dari tadi termenung
memandang papan katil double decker itu . Sedang meneliti 'seni-seni' yang terlukis di atas papan itu mungkin .
"Farra .." Pandangannya masih belum beralih .
"Hmm ?"
“Kau rasa
aku ni macam mana ?”
“Erm , kau ?
Gaya ala2 gangster . Garang macam singa . Yang aku paling suka aku boleh ajak
kau panjat pagar asrama kalau lambat balik dari kelas Prep . Tak semua orang
boleh buat beb .”
Mereka
berdua tergelak sendiri .
“Aku ni tade
rupa ala2 solehah lah kan ?”
“Ada . Tapi
kau simpan . Aku je tahu . haha . Eh2 , cuba kau straight to the point boleh tak
?”
“Aku dilamar
.”
“Hah ? Siapa
??” Farra bingkas bangun terkejut .
“Ish kau ni
. Sabar boleh tak ?” Mira menarik baju tidur yang dipakai oleh Farra supaya
berbaring semula .
“Ok2 . So ,
apa cer ?”
“Busyra lamar
aku jadi Timbalan Badar .” Sambil mengeluh kecil .
“Oh , pasal
tu ke ? Aku pun tahu .”
Mira terlupa
bahawa Farra adalah Timbalan Presiden Aspuri kepada Busyra .
“Adui ,
macam mana aku boleh lupa kau timbalan presiden . Tapi ,
kenapa nama aku dicalonkan ? Dah seminggu aku tak bagi jawapan lagi dekat
Busyra . Esok aku kena jumpa dia .”
“Lah , kau
nak takutkan apa ? Timbalan Badar je kot .”
“Sebab Badar
lah aku rasa berat . Kau ingat senang ke ? Orang akan pandang aku sebagai
contoh beb . Pandang aku macam malaikat . Aku nak jadi biasa2 je so aku boleh buat apa yang aku suka .”
“Kau tahu ,
Busyra sendiri yang calonkan nama kau . Dia percaya kat kau . Kau fikirlah
baik2 . Mungkin melalui jawatan ini Allah nak ajarkan kau sesuatu atau mungkin
melalui ini kau akan lebih dekat dengan Tuhan . Who knows ? Babe , ingat ayat Allah 2:216 ?”
"Erm , ingat ..."
"Erm , ingat ..."
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui .” (Al-Baqarah : 216)
Malam itu
kata-kata Farra bermain dimindanya sehingga dia terlelap .
No comments:
Post a Comment