Sunday, 20 September 2015

Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 3)

“Arina Amira binti Ahmad Adha , Timbalan Badan Dakwah dan Kerohanian .”

Langkahnya diatur berhati-hati ke atas pentas . Watikah diserahkan . Senyuman diberikan kepada jurugambar .

“Ouh panjangnya nama . Manis .” Bisik pengetua di sebelahnya .

Cepat-cepat Mira mengatur langkahnya turun dari pentas . ‘Buang tebiat ke apa .’ Getus hatinya . Entah kenapa dia kurang senang dengan gurunya seorang ini . Langkahnya dilajukan malas hendak ambil pusing .

Selesai sahaja majlis , Aliah mendekati Mira .

“Selamat bekerjasama , Mira . Moga jawatan ini mampu jadi saham kita di akhirat nanti .” Senyum Aliah .

“In shaa Allah . Betulkan lah apa yang saya silap .” Senyuman balas dilemparkan .

Aliah bukanlah asing baginya . Cuma kurang berbual , mungkin kerana mereka berbeza kelas . Mira cuba menyesuaikan dirinya bekerja dengan gadis manis anak kelahiran Selangor itu . Watak mereka jauh berbeza . Aliah lebih bersopan-santun , Mira pula lebih agresif .

“Mira !”

Ina menyergah .

“ya Allah kau ni . Cubalah bagi salam . Kalau aku mati terkejut kau nak tanggung ke kos pengurusan jenazah aku ?” Kata Mira sambil mengurut dadanya .

“Haha . Sorry2 . Kau buat apa kat sini ?”

“Aku tengah memasak .” Perli Mira sambil terus menyelak helaian buku ditangannya .

“Err . ouh haah . Masak sedap2 ok .”

“Kau dari mana ?”

“Ouh haah aku baru teringat nak tanya , kau dah siapkan ke tugasan Ustazah Faizah bagi minggu lepas ? Malam ni ada kelas dengan dia tau . Kena submit malam ni jugak .” Ina bersuara cemas .

“Kau dah siap ke ?” Mira menoleh memandang Ina di sebelahnya .

Ina menggeleng perlahan sambil tersengih .

“Haha . Kalau kau tak siap , aku lagi lah tak siap .” Mira gelak .

“Aku rasa mood Ustazah baik malam ni .” Kata Ina sambil melepaskan pandangan ke arah sekumpulan pelajar .

“Aku rasa budak kelas kita semua tak siap lagi . Seronok jugak kena denda ramai2 .” Mira juga melepaskan pandangannya ke arah yang sama sambil tersengih-sengih penuh harapan .

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

*duk*

Beg dibaling ke dalam pagar . Ekin orang pertama melepasi pagar jeriji itu . Seorang demi seorang dapat melepasi dengan jayanya . Jam menunjukkan hampir pukul 2 pagi .

“Mira , cepatlah ! Nanti warden keluar habis kita .”

Ina semakin gelabah . Dia tidak mahu mereka ditangkap memanjat pagar dan balik asrama lewat malam . Kalau tidak habislah kredibilitinya sebagai Head Girl sekolah itu . Mereka terpaksa . ‘Ya , kami terpaksa !’ Jerit hatinya .

“Relaxlah Ina , warden mesti dah tidur waktu ni .” Farra cuba menenangkan . Dia kelihatan tenang kerana sudah biasa buat kerja-kerja sebegitu .

“Jap2 , aku nak panjat lah ni .” Ujar Mira sambil kakinya memijak celah jeriji itu . Mira bersedia untuk melangkah .

Tiba-tiba sejenis makhluk lalu di bawah pagar tersebut .

“Weyh lipas ! Lipas ! Lipas ! ya Allah ! Mak tolong !” Jerit Mira di atas pagar .

Farra , Ekin dan Ina gelabah melihat Mira yang menjerit-jerit macam orang gila . Mereka tahu benar Mira sangat geli dengan makhluk itu . Farra cepat-cepat mengambil batu lalu menghempap lipas itu .

“Innalillahi wainnailaihirajiun ..” Ucap Farra sambil menggelengkan kepalanya .

“Ish kau ni Mira , lipas je kot . Dah , cepat lompat .”

*krekk*

Tiba-tiba mereka terdengar bunyi pintu dibuka perlahan .

“Mira , cepat , warden !” Ina separuh menjerit .

*sreeet*

Jubah Mira tersangkut pada jeriji besi itu . Mira terlopong memandang jubahnya yang tersangkut .

“Woi ! Siapa tu ?!”

Lampu disuluh dari jauh . Ya , dari pintu bilik warden ! Mujur sahaja bilik warden jauh dari pagar tersebut . Susuk tubuh itu menghampiri mereka dengan laju .

Ina segera menarik jubah Mira sehingga koyak . Dia sudah tidak kisah asalkan mereka berempat selamat . Beg diambil dan mereka lari secepatnya ke belakang bangunan asrama . 

“Fuhh , aku harap warden tu tak dapat cari kita .” Termengah-mengah Mira .

“Ameeeennn .” Ucap yang lain serentak .

“Farra , kunci pintu asrama ada dengan kau tak ?” Tanya Ina .

“Ouh ada-ada .” Selain Presiden asrama dan warden , Farra juga bertanggungjawab memegang kunci pendua asrama .

Masing-masing cuba mencari kembali nafas mereka sambil menunggu Farra mencari kunci di dalam begnya . Peluh merecik di bawah tudung labuh itu .

“Err , girls , aku nak minta maaf ..” Tiba-tiba Farra bersuara .

“Ni bukan hari raya lah . Kenapa ?”


“Erm , aku tertinggal kunci kat bawah meja dalam kelas . Ehee .” Farra tersengih menunjukkan sebaris gigi putihnya .

“Ya Allah , Farra !” Serentak Mira , Ina dan Ekin menjerit .

Wednesday, 16 September 2015

Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 2)

Seminggu berlalu .

“Dah sihat ?”

Kepalanya berpaling sebentar dari buku ditangannya . Farra dan Ina baru turun dari asrama untuk ke dewan makan .

“Dah , Alhamdulillah . Thanks babe . Dr kata nasib aku datang awal . Ayat klise kan ? haha .”
Buku ditangan ditinggalkan sebentar di atas meja berdekatan kaki lima . Perutnya sudah meminta di isi dengan segera .

Tiba-tiba bahunya disinggul .

“Eh Mira , kau perasan tak semalam ?” Tanya Farra .

“Perasan aku cantik ? Aku dah lama perasan . haha .”

“Ish kau ni . Bukan , erm , aku perasan pengetua asyik pandang kau sejak first dia masuk pejabat . Aku menyampuk tu pun sebab nak alihkan pandangan dia yang asyik pandang kau je .”

“Entah-entah dia berminat nak pasangkan kau dengan anak sedara dia si Luqman tu tak ?” Ina yang mendengar sahaja dari tadi , mengusik .

“Kau bab mengusik memang nombor satu kan ? Dah cepat lah jalan . Pagi ni aku dengar makan nasi lemak tau !” Ujar Mira dengan matanya yang bersinar-sinar .

Nasi lemak merupakan makanan yang agak mewah bagi pelajar asrama seperti mereka . Yelah , bukan selalu pun dapat merasa nasi lemak Mak Cik Dewan Makan yang pedas lagi berlemak untuk sarapan .

Bahunya ditepuk perlahan .

“Rehat nanti jumpa saya kat surau boleh ?”

Mira menoleh melihat siapa yang menegurnya .

“Eh Busyra . Oh boleh2 in shaa Allah .”

Farra dan Ina memandang Mira . Ina mengangkat kening 'double jerk' sambil mulutnya masih penuh dengan nasi lemak power mak cik dewan makan .

“Entah . Dia nak jumpa aku kat surau . Nak ajak iktikaf lah tu kott . hee .” Ujar Mira sambil tangannya laju menyuapkan nasi ke dalam mulut mugilnya itu . Selepas ini ada perhimpunan pula .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Usai menunaikan solat sunat dhuha , Mira mendekati Busyra yang sedang membaca bahan bacaan di sudut surau .

“Assalamu’alaikum . Ada apa ye Busyra ?” sapa Mira .

“Wa’alaikumussalam . Oh Mira . Saya baru perasan awak kat sini . Saya dengar awak jatuh tangga hari tu , dah ok ke ?”

“Alhamdulilah semakin baik . Dr kata nasib baik tak ada apa yang patah . Kaki saya pula cuma terseliuh .”

“Oh baguslah macam tu . Hmm tujuan saya nak jumpa ni sebenarnya nak tanya sesuatu pada awak . Dengar tak pengetua ada bagitahu dua minggu depan akan diadakan majlis watikah perlantikan Exco-exco ?”

“Ada dengar . Kenapa dengan majlis tu ?” Tanya Mira sambil mengerutkan dahinya .

“Saya nak awak jadi Timbalan Exco Badan Dakwah dan Kerohanian . Awak akan bekerjasama dengan Aliah sebagai Ketua Exco Muslimat . Boleh ?”

Matanya dibulatkan memandang wajah manis kacukan arab di hadapanya . Tidak percaya .

“Saya ?! Badar ?!” Tanya Mira separuh menjerit inginkan kepastian .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Farra terkejut memandang satu susuk tubuh di hadapan pintu ‘dorm’nya . Selimut dan bantal dipeluk erat susuk itu sambil tersengih-sengih melihat Farra .

“Haha . Rindu aku ke apa ni hah ?” Tanya Farra sambil mengibas-ngibas cadar berwarna merahnya itu .

“Erm hehe . Mestilah aku rindu kau .” Peluk Mira dari belakang Farra .

“Ish kau ni jangan buat aksi terlarang pulak kat tempat awam macam ni . Tak pasal-pasal nanti aku dicop ‘lesbian’ .” Tolak Farra .

“Yelah . Aku je lah yang sayang kau kannn .” Mira memuncungkan mulutnya mengajuk .

“Ye ye . Aku sayang kau jugak . haaa . Aku peluk balik . Puas ?”

Farra tahu akan sikap sahabatnya yang seorang ini . Dari luar tampak garang dan tegas tetapi sebenarnya sangatlah manja dan kedatangan Mira untuk tidur bersamanya malam itu pasti ada tujuan .

“Mind to share with me hmm ?” Farra mengiring memandang Mira yang dari tadi termenung memandang papan katil double decker itu . Sedang meneliti 'seni-seni' yang terlukis di atas papan itu mungkin .

"Farra .." Pandangannya masih belum beralih .

"Hmm ?"

“Kau rasa aku ni macam mana ?”

“Erm , kau ? Gaya ala2 gangster . Garang macam singa . Yang aku paling suka aku boleh ajak kau panjat pagar asrama kalau lambat balik dari kelas Prep . Tak semua orang boleh buat beb .”

Mereka berdua tergelak sendiri .

“Aku ni tade rupa ala2 solehah lah kan ?”

“Ada . Tapi kau simpan . Aku je tahu . haha . Eh2 , cuba kau straight to the point boleh tak ?”

“Aku dilamar .”

“Hah ? Siapa ??” Farra bingkas bangun terkejut .

“Ish kau ni . Sabar boleh tak ?” Mira menarik baju tidur yang dipakai oleh Farra supaya berbaring semula .

“Ok2 . So , apa cer ?”

“Busyra lamar aku jadi Timbalan Badar .” Sambil mengeluh kecil .

“Oh , pasal tu ke ? Aku pun tahu .”

Mira terlupa bahawa Farra adalah Timbalan Presiden Aspuri kepada Busyra .

“Adui , macam mana aku boleh lupa kau timbalan presiden . Tapi , kenapa nama aku dicalonkan ? Dah seminggu aku tak bagi jawapan lagi dekat Busyra . Esok aku kena jumpa dia .”

“Lah , kau nak takutkan apa ? Timbalan Badar je kot .”

“Sebab Badar lah aku rasa berat . Kau ingat senang ke ? Orang akan pandang aku sebagai contoh beb . Pandang aku macam malaikat . Aku nak jadi biasa2 je so aku boleh buat apa yang aku suka .”

“Kau tahu , Busyra sendiri yang calonkan nama kau . Dia percaya kat kau . Kau fikirlah baik2 . Mungkin melalui jawatan ini Allah nak ajarkan kau sesuatu atau mungkin melalui ini kau akan lebih dekat dengan Tuhan . Who knows ? Babe , ingat ayat Allah 2:216 ?”

"Erm , ingat ..."
Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui , sedangkan kamu tidak mengetahui .” (Al-Baqarah : 216)
Malam itu kata-kata Farra bermain dimindanya sehingga dia terlelap .








Tuesday, 15 September 2015

Tuhan , aku tahu Engkau ada ..



Kakinya melangkah laju . Peluh mula kelihatan dari dahinya . Jam ditangan dijeling . ‘Lambat 10 minit ! Habislah aku kali ni .’

Pintu kelas diketuk sambil salam diberi .

“Kamu dari mana ? Masuk cepat !”

Mira segera mengambil tempatnya dan membuka buku latihan addmathnya .

Hari ini dia terlambat lagi kerana terpaksa menyiapkan hiasan untuk Majlis Persaraan Pengetua di sekolahnya sendirian .

‘Sampai hati diorang suruh aku buat sorang-sorang kerja ni ? Macam lah aku tak ada kelas juga .’ Getus hati Mira geram terhadap rakan-rakannya .

Bibirnya diketap kegeraman . Sudahlah perlu berhadapan musuh utamanya pula sekarang , subjek Addmath . Mira memang agak lemah dalam subjek tersebut dan sering mendapat gred D sejak di tingkatan 4 lagi ditambah lagi dia kurang menyenangi guru matapelajarannya itu , Cikgu Anuar yang sering mengajar gaya ‘expert’ memandangkan Mira di kelas yang pertama . Kali ini pun dia hanya merenung soalan addmath tersebut kerana tidak tahu menjawabnya . ‘Huh…’ Keluh hatinya .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Satu tepukan hinggap dibahu .

“Eh , dah siap belum hiasan tu ? Esok pagi tau majlisnya . Kau jangan buat-buat lupa pula . Kalau tak , kena ‘settle’kan malam ni juga .” Ina menyapa ditelinga Mira .

“Uhuk !” Mira yang sedang makan tersedak daging masak kari kegemarannya .

“Ohoi . Terkejut aku ! Lain kali bagilah salam . Eh tayah-tayah . Tak baik bagi salam orang tengah makan . Aaa ok2 . Aku dah siapkan separuh tadi . Malam ni lepas prep kita sambung dekat ‘library’ asrama boleh ? Make sure Farra , Ekin dengan Dayah ada sekali . Diorang ‘in charge’ juga kan bahagian ni ? Jenuh lah asyik kita je yang kena buat .” Mira mencemikkan mukanya tidak puas hati .

“Hehe . Ok . Baiklah in shaa Allah .”Jawab Ina mengenyitkan matanya sambil kakinya melangkah ke sinki untuk mencuci tangan .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pintu ‘library’ asrama dikuak . Terjengul beberapa orang sambil tersengih-sengih .

“Sorry kitorang lambat . Ada kelas tambahan tadi .” Ekin menyapa sambil memeluk leher Mira dari belakang .

“Takpe . Kita pun baru je ‘start’ ni . Amboi , macam nak berkampung je korang ni kat sini !” Matanya memerhati bantal-bantal dan selimut yang dibawa mereka berempat .

“Kitorang malas nak naik dorm lepas siapkan kerja ni . hehe .”

Mira senyum sambil menggelengkan kepalanya melihatkan gelagat sahabat-sahabatnya itu . Sebenarnya dia hanyalah bidan terjun sahaja untuk majlis ini menggantikan Safira yang terpaksa ke musabaqah peringkat negeri di Perak . Ina , Ekin , Dayah dan Safira merupakan pengawas sekolah yang ditugaskan bahagian hiasan majlis . Farra dan dirinya pula hanya membantu meringankan beban rakan-rakannya kerana memahami masing-masing sibuk dengan kelas tambahan . Mereka akan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia pada bulan 10 nanti .

“Eh , aku dengar Cikgu Mona kata Pengetua kita yang baru nanti tu lelaki . Dia kata Pengetua tu garang . Kenapalah masa kita form 5 baru nak tukar Pengetua dah lah garang pulak tu . hmm .” Farra merungut sambil tangannya menampal hiasan huruf di atas kertas warna .

“Ep , tak elok kata macam tu Farra . Dia kan cikgu kita juga . Lagipun kita tak pernah pun kenal dia lagi , tak elok kita buat ‘early assumption’ . Risau kita fitnah dia pula .” Ina yang sememangnya tegas menegur Farra yang berada di hadapannya itu .

Farra serba salah dengan ucapannya tadi . Mungkin sedar terlepas cakap . Hatinya segera beristighfar .

“Sekiranya seorang Pengetua itu garang , sekurang-kurangnya pelajar tidak akan memijak kepala orang atasan dan in shaa Allah disiplin lebih terjamin serta pencapaian akademik sekolah akan meningkat .” Ekin berkata dengan gaya bangga .

“Tudiaaa , karangan bm dia dah keluar dah tu . Boleh ganti A. Samad Said ni . haha “ Celah Dayah sambil diiringi tawa rakan-rakannya yang lain .

‘Erm in shaa Allah harap-harapnya macam tu lah .’ Getus hati Mira . Ada rasa yang pelik dibenak hatinya . Suatu rasa yang tidak disenanginya .

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Alhamdulillah .. Akhirnya majlis dapat berjalan dengan lancar . Terima kasih atas bantuan dan keringat kalian menjayakan majlis ini .” Ucap Cikgu Mona selaku Guru Kanan Hem kepada ajk-ajk yang terlibat sambil tersenyum bangga kepada pelajar-pelajarnya itu .

Nafasnya ditarik lega . Tangannya laju mengemas kerusi-kerusi di atas pentas . Benarlah apa yang diberitahu oleh Farra bahawa Pengetua baru mereka lelaki . Gaya pun ada garang jugak . Mira terbayang Pengetuanya memegang rotan panjang menjerit dari hadapan blok pejabat dan sesekali berlari turun naik tangga sambil memarahi pelajar-pelajar yang bising di dalam kelas .

‘Merepek lah kau ni ,Mira !’ Mira menggelengkan kepalanya sambil tergelak kecil dengan fantasi keanak-anakkannya itu .

Bulan seterusnya pelajar-pelajar tingkatan 5 sibuk dengan kelas-kelas tambahan yang telah semakin giat dijalankan . Percubaan SPM semakin hampir . Ujian Penilaian baru sahaja berlalu .

*krrriiiiiinnnnggg*

Waktu rehat bermula . Mira berjalan longlai keluar dari kelasnya . Dia tidak terasa ingin makan . Badannya dibawa mengikut langkahan kakinya sahaja . Fikirannya menerawang .
Bercelaru .

“Nak pergi mana tu , Mira ?” Sapa Zura sayup-sayup .

Dia mendongak mencari-cari suara Zura . ‘Eh , surau ..’ . Mira terdiam , rupa-rupanya dia sudah berada di laluan menuju ke surau sekolahnya .

“Mira , awak nak ke mana ? Balik asrama ke ? Tak makan ke ?” Tanya Zura lagi setelah melihat Mira masih diam .

“Err , tak lah . Saya nak ke surau . Nak rehat sekejap .” Senyum Mira sambil mendekati Zura yang juga ingin memasuki surau .

Terdetik dihatinya , ‘Ya , kerehatan itu berada di sini .’ Mira tersenyum tenang .

“Solat adalah kerehatan sebenar bagi seorang mukmin . Kalau rasa penat dengan dunia , sujudlah , mengadulah kepada Allah . Dia kan ada untuk mendengar ? Ujian yang Allah bagi bukanlah sia-sia . Pasti ada hikmah .” Terngiang-ngiang pesanan Murabbinya beberapa minggu lepas .

Kepala mencecah karpet merah surau . Air mata mula jatuh diiringi doa dibibirnya . Sujud terakhirnya dilamakan . Gambaran ‘result’ ujian yang diterima sebelum rehat tadi jelas tergambar dalam ingatannya . Matanya terkatup rapat .

‘Rabbi , aku gagal ! Aku kurang usaha , ya Allah . Aku takkan salahkan Engkau di atas kesalahanku . Tapi ya Allah , kuatkanlah aku untuk menahan kemalasan diriku . Aku tahu , perasaan malas ini Engkau yang ciptakan , tapi aku punya pilihan . Rabb , permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat .’ Doanya di dalam hati .

Ketenangan dirasai di segenap hatinya . Usai salam dan doa selepas solat , Mira bergegas memakai kasutnya . Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu .

“Buku karangan !” Ujar Mira sambil mendecit sendiri .

Mira melajukan langkahannya . Dia tertinggal buku karangannya di tingkat atas surau dan dia perlu segera kerana selepas rehat adalah kelas addmath ! ‘Kenapa ?Kenapa ?Kenapa mesti addmath ???’ Rungut hati Mira .

Bukunya dicapai secepat mungkin . Kakinya laju melangkah anak-anak tangga yang agak licin dan cerun . Di fikirannya hanya terbayang wajah Cikgu Anuar ! Dikerling jam di tangan . ‘Sempat lagi ! Cepat Mira !’ Gesa hatinya .

Tiba-tiba …

“Aduhhh , sakitnyaaa !” Mira tersilap langkah . Dia jatuh dari tangga atas sehingga ke bawah . Pinggangnya sakit yang amat . Dia cuba bangun kerana dia perlu segera ke kelas .

“Aahhhh .” Mira mengaduh perlahan .

Buku lalinya terasa sakit . Mira malas memikirkan kesakitan itu lantas bingkas bangun sambil terjengket-jengket ke kelas . Dahinya berkerut .

“Mira , kau ok ?” Tanya Farra yang merupakan rakan sekelasnya . Risau melihatkan Mira yang berkerut-kerut sahaja dahinya sejak masuk ke kelas .

“Aku jatuh tangga kat surau tadi . Dari atas jatuh . duk duk duk sampai ke bawah . Peh , memang seronok sangat lah aku menggelongsor tadi .” Sengih Mira .

*bukk*

Farra menampar pinggang Mira kuat .

“Woi , sakitlah !”

“Sedap gelongsor ye ?” Farra buat muka devil nya .

“Kau ni kan …” Mira menembak jelingan mautnya kepada sahabatnya itu .

“Haa tahu pun . Dah , malam ni aku bagitahu warden minta hantar pergi klinik . Patah apa-apa kau mana tahu .” Pujuk Farra .

“Takpelah . Aku ok je . Aku kan hakak sado .” Mira senyum kambing menahan sakit .

“Hmm . Kau ni memang kan . Nanti ada apa-apa inform aku tau .” Faham benar Farra dengan sikap Mira yang tidak suka menyusahkan orang lain itu .

“Ok Mak Cik Farra .. haha”

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Azan subuh kedengaran . Badannya terasa sengal2 . Dia cuba bangun dari katilnya .

‘Aduhhh..’

Sakit di pinggangnya kian terasa . Apabila kakinya menjejak simen bilik dia hampir jatuh . Cepat2 tangannya berpaut pada katil double deckernya . Dia duduk kembali .

‘Ya Allah !’

Matanya yang sedia bulat , dibulatkan lagi . Terkejut . Kakinya jelas tampak kebiruan . Bengkak . Terseliuh mungkin .

“Mira , kau kenapa ? Kenapa tak turun ? Aku tunggu kau dari tadi kat bawah nak ajak sarapan .”

“Lah , yang kau tak pergi dengan orang lain kenapa ?”

“Aku setia dengan kau sorang je .” Jawab Farra sambil mengenyitkan matanya .
“Kau niii , sempat lagi . haha .” Kata Mira sambil cuba untuk berdiri . Dia perlu bersedia untuk ke kelas .

Sekali lagi .

Mira hampir jatuh . Sakit dipinggangnya semakin terasa .

“Weh weh , kau ok tak ? Ni mesti sebab semalam ni kan ? Dah2 , jom aku bawa kau pergi pejabat minta izin pergi klinik .” Bebel Farra risau akan sahabatnya yang seorang itu .

“Emm”

Mira hanya mengangguk . Dia sendiri tidak dapat menahan kesakitan itu .

“Assalamu’alaikum kak . Guru bertugas minggu ni dah datang ke ? Kawan saya perlu ke klinik .”

Farra menegur kerani di pejabat . Mira malas ambil pusing tentang apa yang dibincangkan mereka .

“Ini kenapa ni ?”

Satu suara singgah ditelinga Mira . Macam aku kenal suara ni …

“Tuan , pelajar ni nak minta izin ke klinik .” Ujar kerani yang ditegur Farra sebentar tadi .
Mira menoleh . Tepat tekaannya .

‘Pengetua !’

Mira tak senang duduk apabila dirasakan dirinya diperhatikan .

“Mari masuk ke bilik saya .” Arah pengetua .

Farra membuat muka peliknya sambil memandang Mira . Mira sekadar mengangkat bahu . Dia dipapah bangun oleh Farra sehingga ke bilik pengetua .

“Awak nak ke klinik kenapa ?”

“Err , saya jatuh tangga surau semalam , Tuan .”

“Semalam ?! Baru nak pergi klinik hari ni ?”

“Saya dah ajak dia pergi klinik semalam tapi tu lah dia ni degil Tuan .” Sampuk Farra dikerusi sebelah Mira .

Mira menjeling tajam ke arah Farra . Hampir terjatuh Farra ditembak jelingan Mira itu . Farra tunduk , tahu dia perlu diam .

Dua pasang mata di hadapan mereka hanya memerhati gelagat mereka berdua . Ada sesuatu yang diperhatikan pada salah seorang murid di hadapannya itu ...

To be continued ....