Kita . Manusia . Takkan pernah lari dari berbuat kesilapan .
Fakta klise kan ?
Tapi ini lah yang berlaku dalam kehidupan
setiap orang daripada kita .
Tersilap langkah . Tersilap perhitungan . We did it and we
faced it . Kesilapan yang mungkin diri kita ambil masa untuk sedar di mana
silapnya kita .
Kenapa ?
Ego . Jahil . Lurus .
Atau mungkin kerana nipisnya iman ?...
Nipisnya iman untuk tepis segala keburukan yang datang
mendekati . Kononnya tidak mahu dilihat jumud . Sehingga kita leka dan tak
sedar rupa2nya seluruh diri sudah terperangkap . Bijaknya syaitan bukan ?
Memandang enteng suatu maksiat mampu menjerluskan hati dan
diri kita ke dalam maksiat itu . Hati-hati sayang . Dunia takkan pernah
berhenti mengaburi mata kita .
Aku katakan ini bukanlah kerana aku yang paling mulia dalam
kalangan kalian . Tidak .
Semestinya tidak !
Kerana aku sayang . Aku kasihkan . Dan aku ingin mencintai
kalian kerana Dia . Sakitnya rasa itu biarlah aku sendiri yang merasai .
Sakitnya rasa jahil . Sakitnya tertipu dengan diri sendiri . Sakitnya menahan
sebak sesal dalam hati . Biarkan aku sahaja yang merasai semuanya . Cukup
sekadar aku yang hancur hati dengan dunia ini dek kesilapan aku sendiri .
Aku ,
Setiap kali melihat ‘mereka’ , umpama aku melihat diri aku
suatu masa lalu . Sesaknya mencari kebebasan dalam jalan yang gelap dan sempit
. Aku tak berani menghukum , kerana ibarat aku yang menghukum diri sendiri dan
mencaci diri .
Sayang ,
Mereka tidak tahu .
Atau mereka tidak sedar .
Atau mereka sebenarnya terlupa .
Ya . Terlupa duduk nya iman yang sebenar sepatutnya di mana .
Kita sendiri sedia maklum . Manusia itu insan . Insan itu
dari NASIYA . Dan NASIYA itu maksudnya LUPA .
Sekuat manapun mereka di ketika waktu2 tertentu , ada ketika
mereka akan tersungkur .
Dan ketika itu kita pula diuji .
Mahu caci atau mahu papah .
Kau pilih .
Dan ketika kau memilih untuk memapah , awasi hati dan kata2
mu selepas itu . Aku cuma risau akan lahirnya prasangka disebalik topeng
pertolonganmu itu .
Dan ketika itu kau mahu katakan kau cinta sedangkan hatimu
mencaci ?
Sayang ,
Apakah maknanya tangan yang memapah sedangkan hati itu
menikam melukakan ?
Aku bukan sesiapa .
Cuma aku ingin mengajak kamu berfikir sebentar .
Tidakkah kamu tahu berapa banyak air mata itu telah mengalir
?
Tidakkah kamu tahu sedu separuh mati mereka menyesali
kesilapan itu ?
Tidakkah kamu tahu betapa jiwa dan jasad itu menggigil
mengharap peluang2 seterusnya untuk mereka bernafas ?
Tahukah kita ???
Uhibbukum fillah :')