Friday, 22 July 2016

Menunduk penuh rasa ..

Kita . Manusia . Takkan pernah lari dari berbuat kesilapan .

Fakta klise kan ? 

Tapi ini lah yang berlaku dalam kehidupan setiap orang daripada kita .
Tersilap langkah . Tersilap perhitungan . We did it and we faced it . Kesilapan yang mungkin diri kita ambil masa untuk sedar di mana silapnya kita . 

Kenapa ?

Ego . Jahil . Lurus .

Atau mungkin kerana nipisnya iman ?...

Nipisnya iman untuk tepis segala keburukan yang datang mendekati . Kononnya tidak mahu dilihat jumud . Sehingga kita leka dan tak sedar rupa2nya seluruh diri sudah terperangkap . Bijaknya syaitan bukan ?

Memandang enteng suatu maksiat mampu menjerluskan hati dan diri kita ke dalam maksiat itu . Hati-hati sayang . Dunia takkan pernah berhenti mengaburi mata kita .
Aku katakan ini bukanlah kerana aku yang paling mulia dalam kalangan kalian . Tidak . 

Semestinya tidak !

Kerana aku sayang . Aku kasihkan . Dan aku ingin mencintai kalian kerana Dia . Sakitnya rasa itu biarlah aku sendiri yang merasai . Sakitnya rasa jahil . Sakitnya tertipu dengan diri sendiri . Sakitnya menahan sebak sesal dalam hati . Biarkan aku sahaja yang merasai semuanya . Cukup sekadar aku yang hancur hati dengan dunia ini dek kesilapan aku sendiri .

Aku ,
Setiap kali melihat ‘mereka’ , umpama aku melihat diri aku suatu masa lalu . Sesaknya mencari kebebasan dalam jalan yang gelap dan sempit . Aku tak berani menghukum , kerana ibarat aku yang menghukum diri sendiri dan mencaci diri .

Sayang ,
Mereka tidak tahu .
Atau mereka tidak sedar .
Atau mereka sebenarnya terlupa .
Ya . Terlupa duduk nya iman yang sebenar sepatutnya di mana .
Kita sendiri sedia maklum . Manusia itu insan . Insan itu dari NASIYA . Dan NASIYA itu maksudnya LUPA .
Sekuat manapun mereka di ketika waktu2 tertentu , ada ketika mereka akan tersungkur .
Dan ketika itu kita pula diuji .
Mahu caci atau mahu papah .

Kau pilih .
Dan ketika kau memilih untuk memapah , awasi hati dan kata2 mu selepas itu . Aku cuma risau akan lahirnya prasangka disebalik topeng pertolonganmu itu .
Dan ketika itu kau mahu katakan kau cinta sedangkan hatimu mencaci ?

Sayang ,
Apakah maknanya tangan yang memapah sedangkan hati itu menikam melukakan ?
Aku bukan sesiapa .
Cuma aku ingin mengajak kamu berfikir sebentar .
Tidakkah kamu tahu berapa banyak air mata itu telah mengalir ?
Tidakkah kamu tahu sedu separuh mati mereka menyesali kesilapan itu ?
Tidakkah kamu tahu betapa jiwa dan jasad itu menggigil mengharap peluang2 seterusnya untuk mereka bernafas ?

Tahukah kita ???

Uhibbukum fillah :')

Tuesday, 2 February 2016

Tuhan , aku tahu Engkau ada .. (part 4)

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandangnya"
 (Surah Al-Hijr : 16)
Langit dan bintang memayungi mereka . Terasa rahmat Tuhan bertaburan di atas mereka .

“Girls , pernah terfikir tak , kenapa Allah tak bagi hukuman direct terus kat kita lepas kita buat dosa ?”

Mira membuka kata setelah beberapa ketika mereka berempat terbaring diam di atas rumput beralaskan beg di kepala . Masing-masing seperti melayan perasaan sendiri . Penat mungkin .

“Maksud kau macam kita sekarang ni ke ?Dosa panjat pagar asrama ? Setahu aku panjat pagar asrama tak dosa pun .” Ina tersengih .

“Tudiaaa headgirl kita dah tunjuk tanduk .. haha aku tak terlibat jadikan kau jahat ea Ina . Aku berlepas diri .” Sambil tangan Farra terkuak ke udara .

Ekin yang berada di sebelah Farra menahan gelak melihat telatah rakannya itu .

“Bukanlah . Bukan tu maksud aku . Cuba lah korang bayangkan , kaum2 nabi dulu macam kaum Thamud , kaum Aad dan kaum2 lain bila diorang buat dosa , Allah bagi diorang balasan direct dan tak tunggu lama pun .”

“Hmm . Sebab Allah sayang kita ?” Ekin menggumam .

Mira merenung sebuah bintang yang paling bersinar di langit .

“Tapi sedih kan kita ni ..” Farra menyampuk .

“Sebab ?”

Mira menoleh ke arah Farra di sebelahnya sambil membetulkan kedudukan begnya di kepala . Mencari posisi yang lebih selesa .

“Sebab kita khianati kasih sayang Allah tu .”

Angin malam yang bertiup ibarat membuai lamunan-lamunan mereka . Jauh di dasar hati mereka mengiyakan kata-kata Farra sebentar tadi . Betapa mereka sia-siakan kasih sayang Allah , betapa mereka mengkhianati cinta Allah kepada mereka . Tapi , lagi dan lagi Allah tak pernah berhenti memberi rahmatNya buat mereka . Malu . Ya . Malu ..

‘Hikmah balik asrama lewat dan jubah koyak haha . Allah nak ingatkan aku tentang Dia . Terima kasih , Tuhan .’ Getus hati Mira sambil memandang semula ke arah bintang yang paling bersinar itu . Senyuman terlirik di bibir manisnya .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pintu kelas diketuk dari luar . Seorang pelajar tingkatan 4 masuk bertemu dengan Cikgu Sara . Berbisik sesuatu . Cikgu Sara mengalihkan pandangannya ke arah Mira .

“Amirah , Cikgu Hani nak jumpa kamu dibilik guru selepas kelas .”

Mira senyum dan mengangguk tanda memahami arahan gurunya itu .

Selepas berakhir waktu sekolah , Mira mengemas mejanya dan segera ke bilik guru .

“Assalamu’alaikum cikgu .” Sapa Mira sopan .

“Wa’alaikumussalam . Hah , Mira . Tahun lepas kamu pergi Kursus Bahas Bahasa Melayu peringkat negeri kan ?”

“Haah saya pergi . Kenapa cikgu ?” Keningnya berkerut .

“Kalau boleh cikgu nak kamu ikut serta pertandingan bahas Bahasa Melayu peringkat kebangsaan di Kedah bulan 6 nanti . Cikgu yakin kamu boleh berdebat dengan baik . Subjek Bahasa Melayu kamu pun sentiasa cemerlang . Lagipun kamu memang ada pengalaman berbahas kan sebelum ini ?”

Adrenalin Mira melonjak-lonjak . Mira memang ‘hantu’ bahas !

“Berapa haribulan tu cikgu ?”

“Cikgu lupa berapa haribulan . Yang pasti pertandingan ni semasa cuti pertengahan tahun .”

‘Waittttttt , cuti pertengahan tahun ????’ Getus hati Mira . Seperti ada sesuatu yang dia terlupa tentang cuti itu . ‘Oh tidak ! Sepupu aku kahwin masa tu …’ Keluh hatinya .

“Jadi , macam mana ? Setuju ?”

“ Err , saya bagi jawapan esok boleh tak , cikgu ?” Mira perlu berbincang dengan ibu bapanya dahulu . Dia tidak mahu mengambil keputusan sendiri tanpa memikirkan perihal orang lain .

“Okay , esok lepas kelas datang jumpa cikgu ya .”

“Baik cikgu .” Senyuman manis diukirkan buat gurunya tanda hormat .

Malam itu dia terus menelefon ibunya bertanyakan pendapat perihal pertandingan itu . Ibunya menyokongnya untuk menyertai pertandingan tersebut kerana peluang bukan datang selalu . Peluang untuk menimba pengalaman perlu dicari sebanyak mungkin .

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokannya selepas kelas Mira bertemu Cikgu Hani dan memberitahu keputusannya itu . Cikgu Hani memberitahunya bahawa terdapat beberapa orang lagi yang akan menjadi ‘partner’ debatnya . Latihan akan bermula hujung minggu itu juga .

“Ketatnya jadual kau , Mira . Kau okay ke ? Nak dekat percubaan SPM dah ni .” Farra meneliti jadual harian Mira yang baru diubahnya di meja belajar . Mulutnya dimuncungkan kerisauan .

Bahu Farra dirangkul lembut .

“Tak sangka ada jugak orang ‘caring’dengan aku ye .” Matanya dikenyitkan .

“Kalau aku tak amik kisah ade jugak yang merajuk tak nak pergi makan dengan aku .” Farra memimikkan mukanya .

Mira tergelak kecil .

“Haha . Eh , malam ni aku nak lepak kat katil kau boleh ? Aku bosan lah takde orang nak layan aku berangan kat dorm . Kesian tau aku keseorangan .” Mira menjuihkan bibirnya meminta simpati .

“Ye ye . Datanglah . Katil aku kan dah macam katil kedua kau . Haha .”

“Okay , lepas aku siapkan kerja , aku turun pergi dorm kau .” Ujar Mira sambil tangannya menari-nari menyiapkan latihan esei Sejarah .

Malam itu , selepas mengambil bantal dan selimutnya , Mira turun ke dorm Farra . Kakinya menapak menuruni tangga berhampiran bilik belajar asrama yang tertutup . 

Jam di tangan dikalih . 12malam . Cahaya malap menerangi bilik itu . Lampu-lampu bilik dorm sudah lama tutup . Suasana asrama sunyi sepi .

‘Aik , rajinnya budak-budak ni belajar sampai tengah malam . Exam lama lagi kot .’ Kata hatinya . Perlahan kakinya menapak ingin menutup lampu bilik itu .

Tiba-tiba langkahnya terhenti . Hatinya berasa tidak sedap dengan apa yang didengarinya . Mira mengintai disebalik tingkap berlangsir itu .

Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya . Mira terdiam dan menggigil ..










Sunday, 31 January 2016

Tinta buat Sang Diri



Kau tahu..

Ada orang, 
Nak bangun tahajud itu satu mujahadah yang teramat amat besar bagi dia.

Tapi sekali dia dapat, 
Satu jam menangis depan Allah ketika tu masih tak cukup untuk dia.

Dan dia hargai setiap detik 'dating' dia dengan Tuhannya itu.
Ada orang, 
Mudah sangat nak bangun tahajud, 
Sampai kadang2 tak rasa apa sebab dah biasa.

Pergi cari balik kenikmatan yang dah hilang tu.
 Don't stop doing it ! 
Cuma carilah sesuatu yang buat kau rasa tahajud adalah suatu kenikmatan yang tak ada penggantinya.
Kau tahu, 
Apabila cinta terhadap Tuhan melebihi segalanya, 
Itulah nikmat yang paling besar dari Tuhan 

:')